BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 27 Julai 2009

Nak tahu tak??


kalau anda semua nak tahu..
>> Ular yang paling beracun di dunia dikenali sebagai ular harimau yang hanya terdapat di Australia. Dengan hanya satu miligram racun reptilia itu sudah cukup untuk membunuh seorang manusia. Bahaya nyer..
>> Spesis cacing tanah yang terpanjang di dunia iaitu, Megascolides telah dijumpai di Australia pada tahun 1868. Jangan terkejut ia boleh membesar sehingga dua meter panjang.Percaya ke x?
>> Kebanyakan tempat bandar di Beijing, China telah dibina oleh orang-orang luar. Misalnya Forbbiden City yang dibina oleh penakhluk dari Mongol manakala Temple of Heaven dibina oleh orang-orang Manchu.
>> Young Street merupakan jalan yang terpanjang di dunia yang terletak di Toronto, Kanada. Ia bermula di Tebing Tasik Ontario, kemudian menganjur ke utara dan barat sebelum berakhir di sempadan Ontario Manitoba-Minnesota. Panjangnya 1,896 kilometer,jauh lebih panjang dari Lebuh Raya Utama Selatan dari Johor Bahru ke Bukit Kayu Hitam.Panjang kan?? Ish3x...

masa SRSP


Haa...ni dgn kawan2 masa SRSP 09 kt MMU anjuran cos DUUS ktaorang best time tu byk dpt kawan baru. Tengokla ktaorang ni,,posing lawa konon hehee.....

Jumaat, 24 Julai 2009

Rahsia Warna Kegemaran Wanita

Menurut pengkaji, wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna kegemarannya. Di sini, disebut serba ringkas tentang wanita, warna dan tafsiran perwatakannya.
MERAH
Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang.
BIRU
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.
HIJAU
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.
HITAM
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.
COKLAT
Kaya dengan sifat keibuan, suka merenadh diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.
UNGU
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.
KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan cerdas dan bijak.
KUNING
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.
PUTIH
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur,rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.